Tuesday 27 May 2014

SADIS - Ibu Pukul Anak Tanpa Henti, Bapa Simbah Air Panas


SADIS -  Ibu Pukul Anak Tanpa Henti, Bapa Simbah Air Panas | Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas dipercayai di pukul ibu sendiri dan disimbah air panas oleh bapa tirinya di rumahnya di Pangsapuri Permai Ria, Taman Tasik Permai, Ampang kelmarin.

SADIS -  Ibu Pukul Anak Tanpa Henti, Bapa Simbah Air Panas

Mangsa, Muhammad Akir Mustaqim Rashidi yang merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 petang oleh ibunya di rumah tersebut.

Kanak-kanak malang itu kemudian dihantar ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah memberitahu, hasil bedah siasat, polis percaya mangsa mati akibat didera.


“Pemeriksaan pada mangsa menemui kesan lebam pada badan, kaki dan tangannya.

“Muka dan bahagian hadapan badan mangsa turut terdapat kesan melecur dipercayai disimbah air panas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Adnan berkata, susulan kejadian itu, bapa kandung mangsa, Rashidi Nordah, 36, membuat laporan di Balai Polis Ampang pada hari yang sama.

Tambahnya, polis kemudiannya menahan seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa dan bapa tiri mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi bagi membantu siasatan.



#Sedih bila ibu yang sepatutnya melindungi anak sendiri sehingga hujung nyawa turut terlibat dlm perlakuan kejam begini....


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

6 comments:

  1. ape ke bangang sgt la pompuan tu!

    ReplyDelete
  2. simbah plak dye ngan air panas tgk menggelupur ke tidak...vodoh mcm hanjengg...hanjeng pun tau syg nak la vavi...

    ReplyDelete
  3. xda hati perut ka.. mai la buat kt aku cmtu.. bbdak bleh la wat cmni.. mai try bwat kt aku . gima

    ReplyDelete
  4. ni sebab makan cadbury byk sgt la ni.....bodo pnya mak....slalu mak@ibu la yg akan ptahan anak dia habis-habisan...ni x,vavi tul.

    ReplyDelete
  5. sebab tu kena lakukan hukum hudud........semoga dapat jadi pengajaran pada sesama insan.....Islam tak kejam cuma nak mengajar dan memberi tauladan pada orang Islam....

    ReplyDelete
  6. sungguh kejam perbuatan orang tua terhadap anak yang tak berdosa...

    ReplyDelete