Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts
Showing posts with label Kisah Benar. Show all posts

Monday, 14 July 2014

Detik Mengerikan Pelumba Lari Mengalami Patah kaki>

Menjadi atlet banyak risiko kecederaan , lebih-lebih lagi apabila atlet tersebut berkaitannya dengan kelajuan  (atlet lari pecut).

Ketika berlari, badan kita terutamanya otot dan tulang mendapat hentakan berupa tekanan yang berterusan. Apabila gerakan tubuh kita tidak sinkron ketika berlari dengan kelajuan tinggi, maka akibatnya boleh fatal iaitu mengalami kecederaan serius.

Atlet berasal dari Afrika Selatan ini mengalami kejadian patah kaki ketika invitasi Atletik Nasional di Afrika Selatan lari 100 meter.

Kisah Yang Begitu Menarik Pemuzik Jalanan Dan Seekor Kucing

Cerita yang luar biasa persahabatan antara pemzik jalanan dan kucing. Pemuzik di London, seperti di kebanyakan tempat di dunia, terdapat watak-watak yang hidup bekerja jalan-jalan yang berpendapatan, watak-watak daripada semua peringkat umur, warna dan bau.

Ahli muzik, yang bernama James, mempunyai hubungan mesra luarbiasa bersama kucing yang membuat konsert jalanan. James memainkan gitar dan menyanyi di jalan, dan Bob (kucing) duduk berhampiran ... mengiu: D 

Lebih menarik lagi, pemuzik jalanan ini juga menulis sebuah buku yang menceritakan kisah-kisah beliau dan  haiwan kesayangan beliau. Pada awal buku ini, dia menulis bahawa dia tidak dapat membayangkan bagaimana pertemuan ini akan mengubah hidupnya. Persahabatan dengan kucing yang menyembuhkan beberapa trauma emosi. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Bob telah membantu memberi James kekuatan untuk menjauhi dari pengaruh dadah, membawa beliau untuk berusaha mendapatkan wang dan mengembalikan hidupnya ke landasan.










Gua Di Penuhi Beribu Keranda>

Beribu-ribu keranda kayu dibiarkan perlahan-lahan reput dalam gua dengan kepercayaan ia akan membenarkan roh-roh naik ke syurga.

Keranda kayu disusun dalam gua di tebing-tebing curam Anshun, di Guizhou Province barat daya China, dipercayai telah diamalkan sejak zaman purba. 

Dalam salah satu gua sahaja terdapat lebih daripada 500 keranda disusun, lapisan atas lapisan dalam pelbagai peringkat pereputan. Ia menjadi 'keranda gua' untuk penduduk keluarga Liu dari lima kampung sejak zaman purba. 

Menurut cerita-cerita rakyat tempatan, orang-orang yang hidup di kawasan itu berpindah dari dataran di tengah China ke pergunungan Guizhou Province beberapa abad yang lalu untuk mengelakkan peperangan.

Satu legenda mengatakan bahawa mereka berharap untuk satu hari nanti mereka kembali ke tanah air mereka, mereka tidak mengebumikan si mati mereka tetapi sebaliknya menyusun keranda mereka dalam gua. 

Menurut cerita-cerita lain tradisi bermula kerana kawasan ini sering landa banjir dan keranda telah disimpan di dalam gua untuk menghalang ia daripada terjejas. 

Berada dalam gua juga bermakna bahawa keranda lebih hampir dengan langit dan oleh itu lebih dekat dengan syurga.  

Saturday, 12 July 2014

Anak Tersilap Hantar Gambar B@gel Kepada Bapa Sendiri>

Anak Tersilap Hantar Gambar B@gel Kepada Bapa Sendiri.. tersalah send gambar itu perkara normal tapi tersalah send gambar bogel kurang normal lagi-lagi bapa sendiri. Lihat gambar dibawah


Begitulah yang terjadi kepada gadis yang hanya dikenali sebagai Dear Fashionn dalam akaun Twitternya.

Dalam kejadian tersebut, gadis berkenaan ‘terhantar’ foto tanpa seurat benang kepada ayahnya sendiri.. Apa pun reaksinya, ayahnya cuba membalas kembali mesej berkenaan.

berikut adalah pengakuan gadis tersebut di dalam akaun twitternya mengenai apa yang terjadi.


Semenjak post tersebut tersebar di akaun twitternya, pengikutnya yang pada mulanya hanya 800 orang telah meningkat mendadak kepada 13,000.

Heh, cara mudah tapi memalukan untuk untuk mendapatkan perhatian.. 


Semoga ianya menjadi pengajaran kepada beliau dan semua -

ANAK PEREMPUAN BOS YAKUZA DI JEPUN [9 GAMBAR]>>

TATOO ANAK PEREMPUAN BOS YAKUZA DI JEPUN [9 GAMBAR] | Shoko Tendo menyingkapkan rambutnya saat akan menunjukkan lukisan tatu yang menghiasi tubuh indahnya. Shoko Tendo mula mantatu tubuhnya sejak dia berusia 21 tahun. Kini beliau berusia 45 tahunWalaupun di negaranya banyak tempat yang tidak dibenarkan untuk dinikmati oleh orang bertato, Shoko Tendo tetap enggan untuk menghapuskan tatu yang menghiasi seluruh tubuhnya. 

Shoko Tendo menunjukkan tatu yang di badannya sambil memegang sebuah buku yang ditulisnya dengan judul 'Yakuza Moon'. Jom saksikan foto menarik dibawah ini. 

Gambar Mengerikan Lelaki Di Makan Ikan Piranha>

The accident happened in South America when a bulldozer that was excavating fell into the Amazon River,(On 2 images you can see the sunken bulldozer) while people performed work on a gas line. The operator who was driving the bulldozer broke the glass to free himself, but injuries from glass-cuts, the blood emanated to attract the wild piranhas.in addition 3 dead fish were found in his internal cavity not sure if 1 or 2 were piranhas.

Gempar askar makan makanan haram & jijik ketika latihan>

Kekecohan berlaku apabila salah seorang pengguna facebook memuatnaik gambar askar-askar sedang menjalani latihan di hutan memakan makanan yang haram dimakan selagi tidak berlaku darurat .


Lebih mengecohkan lagi apabila ia dicampur adukan politik semasa .

Inilah status yang menghuraikan panjang lebar berkenaan gambar tersebut . 
Apa HUKUM nya ..
Agak mengejutkan beberapa gambar yang dipaparkan di laman web maahadsas.edu.my yang kemungkinan besar menunjukkan anggota tentera Malaysia yang beragama Islam diberi latihan kelangsungan hidup (survival) cara menangkap, memasak dan memakan monyet, katak dan beberapa binatang liar di hutan.

Adakah ini latihan untuk menghadapi suasana darurat atau terdesak? Apakah selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang terdesak keputusan bekalan susu anak, kerana Datuk Dr Mashitah dalam ruang soal jawab agama akhbar Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 mengatakan iaitu : “Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.”
Harap Jawatankuasa Fatwa dapat memberikan pencerahan dalam isu latihan ketenteraan ini. Apakah perlu dilatih makan benda haram dalam keadaan darurat? Bagaimana pula jika latihan tersebut dalam bulan Ramadhan, kerana orang berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa sekiranya dalam keadaan darurat?
Atau mungkin gambar tersebut bukan anggota ATM?
-Copied-
P/s: Kenapa SENGAJA mencari DARURAT? Tolong mention kan Majlis fatwa. Maklumat ni sangat berguna.
pada pendapat admin sendiri , kita tidak berada di kawasan kejadian , tidak boleh kita membuat sebarang andaian melulu tanpa soal siasat . Lagipula ianya sebuah latihan , pasti komander sudah tahu akan apa yang baik dan tidak . 

Walaubagaimanapun , di ingatkan bahawa memakan makanan yang hanya boleh dimakan ketika darurat adalah wajib akan tetapi sekiranya dikawasan berhampiran kita masih terdapat tumbuhan hijau , kita wajib memakan tumbuhan dari haiwan . hmmmm , harapnya perkara ini tidak menjadi isu yang berpanjangan .  

Awas ayam tebuk di pasaraya , JAKIM siasat

Dengarnya, ada berita mengenai ayam yang ditebuk di leher dan tidak disembelih mengikut syariat Islam telah dijual di sebuah pasaraya besar.
Gambar ayam berkenaan dilaporkan dimuatnaik ke laman Facebook oleh satu individu yang marah apabila gagal memasak lauk ayam yang dibeli untuk berbuka puasa kerana didapati dicucuk.
Dalam Islam, jika binatang yang boleh disembelih dan halal dimakan, tidak disembelih dengan betul mengikut syariat ianya menjadi haram untuk dimakan.
Menyirap betul petang-petang ni, tengah tak larat kaki melangkah nak masak, keluarkan ayam .. Baru nak potong, ternampak leher yang ditebuk.
Aduan berkenaan telah pun diterima oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kini pihak mereka sedang menyiasat kebenaran dakwaan itu.
Dalam satu kenyataan, JAKIM berkata perkara berkenaan telah diadukan kepada JAKIM pada pukul 6 petang semalam.
JAKIM telah mengambil maklum perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankn sama ada perkata itu benar atau sebaliknya.
Sekiranya terdapat maklumat mengenai sebaran asal dan pemilik akaun Facebook yang menyebarkan maklumat tersebut, pengguna diminta memaklumkan perkara itu kepada kami dengan segera, kata kenyataan itu oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM.
JAKIM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang jenis bentuk maklumat dan ulasan berhubung isu berkenaan sehingga pihak JAKIM selesai melakukan siasatan

Tumor Terbesar Di Dunia Berjaya Dibedah>

TUMOR terbesar di dunia telah berjaya dikeluarkan daripada badan seorang lelaki melalui pembedahan.

Yang Jianbin, 37, dari China, dilahirkan dengan tanda lahir di belakang yang lama-kelamaan membesar kepada ketumbuhan seberat 110kg, dua pertiga daripada berat badannya.

Ketumbuhan yang begitu besar itu menyebabkan Yang hanya dapat berbaring atau duduk di atas katil sepanjang hari.

Keadaan perubatan itu dipanggil 'neurofibromatosis' yang merupakan satu gangguan genetik yang menjejaskan pertumbuhan normal tisu sel.Dia menjalani pembedahan pertama apabila dia berusia 12 tahun di mana pada masa itu tumornya telah membesar kepada saiz genggaman.

Ketua pakar bedah Chen Minliang berkata: "Kami telah melihat pesakit neurofibromatosis sebelum ini, tetapi ini adalah tumor saraf terbesar yang kami pernah kami lihat."

Yang telah ditempatkan di dua buah katil hospital semasa pembedahan yang berjalan selama 16 jam.

Dia telah diberikan 5,000 ml darah, yang merupakan jumlah darah yang lebih daripada jumlah keseluruhan badan orang dewasa.

Friday, 11 July 2014

Aksi Elfira Loy Pegang Tangan Kekasih Barunya

Aksi Elfira Loy Pegang Tangan Kekasih Barunya comelnya... Elfira Loy kelihatan begitu mesra sambil memegang tangan kekasih barunya yang baru berusia 1 tahun lebih :P

gambar ini diambil dari wall facebook ibu kepada bayi berkenaan.. pandai betul dia beraksi depan kamera.. hehe 



mungkin ramai yang tidak mengenali Ira Mohd Amin, seorang penyampai radio popular iaitu ERA FM.

Khabarnya, Ira kini sudahpun berhijrah penuh. Alhamdulillah.. nampaknya semakin ramai wanita kita bertudung. 

Semoga terus menjadi ibu dan wanita Islam yang baik. Buat Elfira, jangan marah ye.. hehe.. 

(4 Gambar) Gambar Rumah Dato Siti Nurhaliza

Gambar Rumah Dato Siti Nurhaliza | Siti Nurhaliza rupa-rupanya ada 4 buah rumah kesemuanya, banyakkan. Tapi tak kisah la kan. Orang banyak duit, boleh beli banyak rumah. Jom kita tengok antara rumah Dato' Siti Nurhaliza.

 Yang ni dekat Kuala Lipis.rumah mak Dato' Siti


 Yang ni dekat Cameron Highlands



 Yang ni dekat Cheras




 Yang ni dekat Bukit Antarabangsa 

P/S : Banyak betul rumah dia >.<

Kes bunuh peragawati Estonia, dua lagi suspek ditahan

HASNAN: Suspek yang ditahan adalah seorang lelaki Melayu berumur 27 tahun dan seorang lelaki Serani berumur 30 tahun.


KUALA LUMPUR: Polis menahan dua suspek lelaki di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Mersing pada 10 Julai berhubung kes bunuh model Estonia Regina Soosalu.

Regina ditemui mati di Pulau Rawa Johor awal bulan ini.

Suspek yang ditahan adalah seorang lelaki Melayu berumur 27 tahun dan seorang lelaki Serani berumur 30 tahun dari Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Dato' Hasnan Hassan, kedua dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk direman.

Ini menjadikan jumlah suspek yang ditahan setakat ini untuk siasatan adalah tujuh orang.

Sebelum ini peragawati itu dikatakan lemas, namun polis menemui kesan luka pada tubuhnya dan kes ini disiasat sebagai pembunuhan.

Wednesday, 9 July 2014

TERBONGKAR !! BEKAS PEKERJA DEDAH COURTS MAMMOTH PERDAYAKAN PELANGGAN

TERBONGKAR !! BEKAS PEKERJA DEDAH COURTS MAMMOTH PERDAYAKAN PELANGGAN | Saya sebagai bekas kakitangan Courts Mammoth berasa begitu kasihan dengan pelanggan yang terperdaya dengan marketing dan janji-janji manis kakitangan Courts Mammoth.

Sememangnya Courts Mammoth mempunyai banyak option interest rate. Tetapi ramai pelanggan yang tidak tahu kerana tidak dijelaskan oleh kakitangannya.

Interest ratenya mengikut bulan, bukan tahunan. Contohnya 1%, 1.39%, 1.69%, 1.99%, 2%, dan yang paling tinggi adalah 2.369% sebulan. Memang tinggi, gila babi tinggi. Siapa-siapa yang buat 60 bulan, memang habislah.

Nasihat saya sebelum beli, baik survey dulu option interest rate. Memang ada option, sama juga bila beli motor daripada AEON. Kita ada banyak option rate, tetapi banyak pelanggan tak faham mengenai rate tsb dan langsung tak mahu ambil tahu pun. Yang penting, janji bulan-bulan bayar setakat mampu.

Bila dah tiga tahun bayar, barulah dia terasa lama. Bila check 60 bulan, AMEKKAW!!

Kadang-kadang pelanggan ghairah nak dapat barang, sampai sanggup tandatangan jer perjanjian itu ini. Kebanyakannya macam itulah.

Satu lagi kalau dapat kakitangan Courts Mammoth yang bangsat. Jenis yang memang tak kasihan pada pelanggan. Memang dia akan masukkan benda-benda mengarut dalam invoice.

Bayangkan kalau barang berharga RM200 masuk buat 60 bulan. Just tambah RM10 je sebulan. Pada pelanggan, RM10 itu tak nampak besar. Tetapi kalau kira balik dari RM200 jadi RM600, NONSENSE!!

Lepas itu, barang pula dia kata package sekali dengan barang utama. Memang kena kelentonglah. Kakitangan Courts Mammoth pula dapat imbuhan lagi dalam RM5.00 Kakitangan Courts Mammoth ini pun satu hal, dikejar sangat RM5 sampai teraniaya pada pelanggan.

Itulah sebab kenapa saya berhenti kerja dari Courts Mammoth.