Tuesday 8 July 2014

Tuan Rumah World Cup 2014 Kalah Teruk 7-1

FotoJerman mencalar maruah Brazil, sebentar tadi apabila membelasah tuan rumah itu 7-1 untuk layak ke final Piala Dunia pada hari yang menyaksikan Miroslav Klose melakar rekod baru muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam temasya global ini.

Belum pernah Brazil menanggung kekalahan besar seperti ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dengan benteng rapuh sebegini ketika membenarkan jentera serangan Jerman menjaringkan empat gol dalam tempoh 18 minit pertama babak pertama dengan tiga daripada hanya dalam 179 saat sahaja.Thomas Mueller membuka tirai jaringan pada minit ke-11, Klose selepas 23 minit untuk mengumpul jumlah gol peribadi dalam Piala Dunia kepada 16. Toni Kroos menambah derita dengan gol minit ke-24 dan 26, Sami Khedira (m-29) dan pemain gantian, Andre Schuerrle menambah dua lagi selepas rehat (m-69 dan 79).

Oscar menyumbat gol sagu hati Brazil pada minit ke-90. 

Muller membuka jaringan apabila menolak masuk gol pembukaan selepas menerima hantaran sepakan sudut.

Bagi persaingan kali ini, jurulatih Luiz Felipe Scolari, meletakkan pemain 21 tahun, Bernard bagi menggantikan Neymar.
Dante pula masuk menggantikan ketua pasukan Brazil, Thiago Silva yang tidak dapat bermain kerana dua kad kuning manakala Luiz Gustavo kembali di posisi tengah menggantikan Paulinho.

Bos Jerman, Joachim Loew pula memberikan sepenuh kepercayaan terhadap kesebelasan utamanya yang menumpaskan Perancis 1-0, pada pertemuan separuh akhir.

Klose mengetuai barisan serangan yang kemudianya memperoleh jaringan yang menempatkan dirinya sebagai penjaring terbanyak.

BRAZIL: Julio Cesar; Maicon, Dante, David Luiz, Marcelo, Luis Gustavo, Fernandinho, Hulk, Oscar, Bernard, Fred

JERMAN: Manuel Neuer; Philipp Lahm, Jerome Boateng, Mats Hummels, Benedikt Hoewedes, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira, Toni Kroos; Thomas Mueller, Miroslav Klose, Mesut Ozil.

PENGADIL: Marco Rodriguez (MEX)

No comments:

Post a Comment