Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts

Monday, 14 July 2014

Detik Mengerikan Pelumba Lari Mengalami Patah kaki>

Menjadi atlet banyak risiko kecederaan , lebih-lebih lagi apabila atlet tersebut berkaitannya dengan kelajuan  (atlet lari pecut).

Ketika berlari, badan kita terutamanya otot dan tulang mendapat hentakan berupa tekanan yang berterusan. Apabila gerakan tubuh kita tidak sinkron ketika berlari dengan kelajuan tinggi, maka akibatnya boleh fatal iaitu mengalami kecederaan serius.

Atlet berasal dari Afrika Selatan ini mengalami kejadian patah kaki ketika invitasi Atletik Nasional di Afrika Selatan lari 100 meter.

Gua Di Penuhi Beribu Keranda>

Beribu-ribu keranda kayu dibiarkan perlahan-lahan reput dalam gua dengan kepercayaan ia akan membenarkan roh-roh naik ke syurga.

Keranda kayu disusun dalam gua di tebing-tebing curam Anshun, di Guizhou Province barat daya China, dipercayai telah diamalkan sejak zaman purba. 

Dalam salah satu gua sahaja terdapat lebih daripada 500 keranda disusun, lapisan atas lapisan dalam pelbagai peringkat pereputan. Ia menjadi 'keranda gua' untuk penduduk keluarga Liu dari lima kampung sejak zaman purba. 

Menurut cerita-cerita rakyat tempatan, orang-orang yang hidup di kawasan itu berpindah dari dataran di tengah China ke pergunungan Guizhou Province beberapa abad yang lalu untuk mengelakkan peperangan.

Satu legenda mengatakan bahawa mereka berharap untuk satu hari nanti mereka kembali ke tanah air mereka, mereka tidak mengebumikan si mati mereka tetapi sebaliknya menyusun keranda mereka dalam gua. 

Menurut cerita-cerita lain tradisi bermula kerana kawasan ini sering landa banjir dan keranda telah disimpan di dalam gua untuk menghalang ia daripada terjejas. 

Berada dalam gua juga bermakna bahawa keranda lebih hampir dengan langit dan oleh itu lebih dekat dengan syurga.  

Saturday, 12 July 2014

Anak Tersilap Hantar Gambar B@gel Kepada Bapa Sendiri>

Anak Tersilap Hantar Gambar B@gel Kepada Bapa Sendiri.. tersalah send gambar itu perkara normal tapi tersalah send gambar bogel kurang normal lagi-lagi bapa sendiri. Lihat gambar dibawah


Begitulah yang terjadi kepada gadis yang hanya dikenali sebagai Dear Fashionn dalam akaun Twitternya.

Dalam kejadian tersebut, gadis berkenaan ‘terhantar’ foto tanpa seurat benang kepada ayahnya sendiri.. Apa pun reaksinya, ayahnya cuba membalas kembali mesej berkenaan.

berikut adalah pengakuan gadis tersebut di dalam akaun twitternya mengenai apa yang terjadi.


Semenjak post tersebut tersebar di akaun twitternya, pengikutnya yang pada mulanya hanya 800 orang telah meningkat mendadak kepada 13,000.

Heh, cara mudah tapi memalukan untuk untuk mendapatkan perhatian.. 


Semoga ianya menjadi pengajaran kepada beliau dan semua -

ANAK PEREMPUAN BOS YAKUZA DI JEPUN [9 GAMBAR]>>

TATOO ANAK PEREMPUAN BOS YAKUZA DI JEPUN [9 GAMBAR] | Shoko Tendo menyingkapkan rambutnya saat akan menunjukkan lukisan tatu yang menghiasi tubuh indahnya. Shoko Tendo mula mantatu tubuhnya sejak dia berusia 21 tahun. Kini beliau berusia 45 tahunWalaupun di negaranya banyak tempat yang tidak dibenarkan untuk dinikmati oleh orang bertato, Shoko Tendo tetap enggan untuk menghapuskan tatu yang menghiasi seluruh tubuhnya. 

Shoko Tendo menunjukkan tatu yang di badannya sambil memegang sebuah buku yang ditulisnya dengan judul 'Yakuza Moon'. Jom saksikan foto menarik dibawah ini. 

4 Gambar Tudung Fareeda edisi filem " Transformer "

Syawal hampir tiba jadi semestinya ramai para wanita di luar sana sedang rancak membuat persiapan Hari Raya dengan membeli barangan keperluan sempena syawal yang mulia ini.

Apa yang pasti bagi wanita tundung adalah satu kemestian pada mereka-mereka yang gemar tudung-tudung yang bercorak menarik dengan kauliti terbaik boleh dapatkan Tudung Fareeda keluaran terbaruTudung Fareeda yang di perkenalkan ini adalah jenis Edisi " Transfomer " admin tidak pasti mungkin kah nama ini di ambil sempena popular nya filem " Transfomer " yang baru-baru ini di tayangkan di pawanagn.

Untuk dapatkan kan tudung ini boleh ke facebook Haikal Halim dan boleh PM beliau untuk dapat kan tudung edisi terhad ini, mungkin syawal kali ini penuh bergaya bagi anda dengan tudung Fareeda " Transfomer

KECOH - 4 GAMBAR WANITA KANTOI CURI KERETA MEWAH DICUCUH BESI PANAS >

4 GAMBAR WANITA KANTOI CURI KERETA MEWAH DICUCUH BESI PANAS ! adalah Entri ulangsiar dari Laman Isu Panas ! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya UPDATE 4 GAMBAR: WANITA KANTOI CURI KERETA MEWAH DICUCUH BESI PANAS ! membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.UPDATE 4 GAMBAR: WANITA KANTOI CURI KERETA MEWAH DICUCUH BESI PANAS !Lelaki yang memukul wanita itu sebenarnya adalah seoarang lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat penyewa kereta yang mana kini telah menghilangkan diri.Wanita yang menjadi mangsa hukuman diluar undang-undang itu telah parah dibelasah. Bukan setakat dipukul dan diterajang malah dia juga telah dicucuh besi panas pada lengan berkali-kaliSelain daripada keganasan fizikal, wanita itu juga turut disamun. Tablet dan juga wang dalam akaun bank wanita tersebut telah diambil oleh lelaki berkenaan. Bagaimanapun mangsa telah membuat laporan polis dan suspek utama telahpun dikenalpasti dan kini dalam siasatan pihak polis.
Menurut sumber, wanita berkenaan telah melakukan jenayah mencuri kereta kerana dipaksa oleh seorang lelaki berbangsa cina bagi menjelaskan hutang bekas suaminya. -

Friday, 11 July 2014

Aksi Elfira Loy Pegang Tangan Kekasih Barunya

Aksi Elfira Loy Pegang Tangan Kekasih Barunya comelnya... Elfira Loy kelihatan begitu mesra sambil memegang tangan kekasih barunya yang baru berusia 1 tahun lebih :P

gambar ini diambil dari wall facebook ibu kepada bayi berkenaan.. pandai betul dia beraksi depan kamera.. hehe 



mungkin ramai yang tidak mengenali Ira Mohd Amin, seorang penyampai radio popular iaitu ERA FM.

Khabarnya, Ira kini sudahpun berhijrah penuh. Alhamdulillah.. nampaknya semakin ramai wanita kita bertudung. 

Semoga terus menjadi ibu dan wanita Islam yang baik. Buat Elfira, jangan marah ye.. hehe.. 

(4 Gambar) Gambar Rumah Dato Siti Nurhaliza

Gambar Rumah Dato Siti Nurhaliza | Siti Nurhaliza rupa-rupanya ada 4 buah rumah kesemuanya, banyakkan. Tapi tak kisah la kan. Orang banyak duit, boleh beli banyak rumah. Jom kita tengok antara rumah Dato' Siti Nurhaliza.

 Yang ni dekat Kuala Lipis.rumah mak Dato' Siti


 Yang ni dekat Cameron Highlands



 Yang ni dekat Cheras




 Yang ni dekat Bukit Antarabangsa 

P/S : Banyak betul rumah dia >.<

Kes bunuh peragawati Estonia, dua lagi suspek ditahan

HASNAN: Suspek yang ditahan adalah seorang lelaki Melayu berumur 27 tahun dan seorang lelaki Serani berumur 30 tahun.


KUALA LUMPUR: Polis menahan dua suspek lelaki di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Mersing pada 10 Julai berhubung kes bunuh model Estonia Regina Soosalu.

Regina ditemui mati di Pulau Rawa Johor awal bulan ini.

Suspek yang ditahan adalah seorang lelaki Melayu berumur 27 tahun dan seorang lelaki Serani berumur 30 tahun dari Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Dato' Hasnan Hassan, kedua dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk direman.

Ini menjadikan jumlah suspek yang ditahan setakat ini untuk siasatan adalah tujuh orang.

Sebelum ini peragawati itu dikatakan lemas, namun polis menemui kesan luka pada tubuhnya dan kes ini disiasat sebagai pembunuhan.

Wednesday, 9 July 2014

4 Gadis Jururawat Kantoi ‘Kuliah’ Seks Dalam Bilik Asrama

4 Gadis Jururawat Kantoi ‘Kuliah’ Seks Dalam Bilik Asrama adalah Entri ulangsiar dari Laman Berita yang hanya perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya 4 Gadis Jururawat Kantoi ‘Kuliah’ Seks Dalam Bilik Asrama membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab4 Gadis Jururawat Kantoi ‘Kuliah’ Seks Dalam Bilik AsramaEmpat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.
Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.

Tuesday, 8 July 2014

Tuan Rumah World Cup 2014 Kalah Teruk 7-1

FotoJerman mencalar maruah Brazil, sebentar tadi apabila membelasah tuan rumah itu 7-1 untuk layak ke final Piala Dunia pada hari yang menyaksikan Miroslav Klose melakar rekod baru muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam temasya global ini.

Belum pernah Brazil menanggung kekalahan besar seperti ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa dengan benteng rapuh sebegini ketika membenarkan jentera serangan Jerman menjaringkan empat gol dalam tempoh 18 minit pertama babak pertama dengan tiga daripada hanya dalam 179 saat sahaja.Thomas Mueller membuka tirai jaringan pada minit ke-11, Klose selepas 23 minit untuk mengumpul jumlah gol peribadi dalam Piala Dunia kepada 16. Toni Kroos menambah derita dengan gol minit ke-24 dan 26, Sami Khedira (m-29) dan pemain gantian, Andre Schuerrle menambah dua lagi selepas rehat (m-69 dan 79).

Oscar menyumbat gol sagu hati Brazil pada minit ke-90. 

Muller membuka jaringan apabila menolak masuk gol pembukaan selepas menerima hantaran sepakan sudut.

Bagi persaingan kali ini, jurulatih Luiz Felipe Scolari, meletakkan pemain 21 tahun, Bernard bagi menggantikan Neymar.
Dante pula masuk menggantikan ketua pasukan Brazil, Thiago Silva yang tidak dapat bermain kerana dua kad kuning manakala Luiz Gustavo kembali di posisi tengah menggantikan Paulinho.

Bos Jerman, Joachim Loew pula memberikan sepenuh kepercayaan terhadap kesebelasan utamanya yang menumpaskan Perancis 1-0, pada pertemuan separuh akhir.

Klose mengetuai barisan serangan yang kemudianya memperoleh jaringan yang menempatkan dirinya sebagai penjaring terbanyak.

BRAZIL: Julio Cesar; Maicon, Dante, David Luiz, Marcelo, Luis Gustavo, Fernandinho, Hulk, Oscar, Bernard, Fred

JERMAN: Manuel Neuer; Philipp Lahm, Jerome Boateng, Mats Hummels, Benedikt Hoewedes, Bastian Schweinsteiger, Sami Khedira, Toni Kroos; Thomas Mueller, Miroslav Klose, Mesut Ozil.

PENGADIL: Marco Rodriguez (MEX)

Monday, 7 July 2014

Menarik.... Foto Lawak Giler...lagiiii gilerrr...

GAMBAR~Skandal Fizo Omar Sebelum Kahwin Tersebar Kembali.

Sebelum bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim, Fizo Omar diketahui ramai pernah menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa wanita cantik dan jelita namun mungkin kerana jodoh mereka tidak panjang maka percintaan itu putus di tengah jalan.

Salah seorang teman wanita Fizo yang pernah menjadi gosip hebat di laman sosial dan mediahiburan tempatan ialah Haas Jaafar. Beliau merupakan pelajar Jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan di Universiti Lim Kok Wing.

Berikut ialah dua keping gambar nostalgia Haas Jaafar dan Fizo Omar sebelum hubungan mereka akhirnya putus tahun lalu. Memang amat lawa dan jelita orangnya.

Sunday, 6 July 2014

Elaun Bulanan JKM Tidak Mencukupi Paksa Golongan Kurang Bernasib Baik Mengemis

Elaun bulanan sara hidup Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tidak mencukupi memaksa golongan kurang bernasib baik seperti Orang Kurang Upaya (OKU) 'mengemis' dan menjual tisu di jalanan. 

Tinjauan Bernama di sekitar kawasan Masjid India dan Jalan Chow Kit, mendapati rata-rata peminta sedekah atau penjual tisu terdiri daripada golongan OKU yang tidak mampu bekerja dan hanya bergantung kepada sumber jualan tisu mahupun pemberian sedekah daripada orang ramai. 

Seorang OKU, dikenali sebagai Fatimah, 50, berkata beliau dan suaminya, Ahmad, 53, terpaksa menjual tisu bagi menampung keperluan harian dan bayaran utiliti rumahnya setiap bulan kerana elaun bulanan sebanyak RM300 diterimanya daripada JKM masih tidak mencukupi. 

"Walaupun bayaran sewa rumah ditanggung separuh oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setiap bulan, tapi kami masih lagi perlu menanggung kos lain seperti bil api (elektrik), bil air dan makanan harian yang memerlukan bayaran yang tinggi," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Selain itu, Fatimah juga tidak bersetuju dengan cara pihak JKM menarik semula elaun bulanan diberikan kepada golongan OKU lain atas alasan tidak munasabah seperti anak yang ditanggung sudah meningkat dewasa dan mampu bekerja.

"Oleh itu, saya harap agar JKM lebih telus dan dapat mengagihkan peruntukan dengan sempurna kepada pihak yang benar-benar layak," katanya. 

Sementara itu, seorang OKU iaitu Choo (bukan nama sebenar), 61, berkata hasil penjualan tisu hanya mampu diperoleh sekitar RM20 sehari. 

Katanya, beliau juga menerima elaun bulanan yang sama daripada JKM, namun ia hanya mencukupi untuk membayar sewa bilik sahaja. 

Menurut penjual-penjual tisu berkenaan, mereka membeli tisu menggunakan modal sendiri.

Sementara itu, Mohamad, 68, yang menghidapi penyakit untut selama hampir dua tahun terpaksa mengemis di jalanan untuk membiayai kos sara hidup dan rawatannya kerana masih belum menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak bertanggungjawab. 

Seorang lagi pengemis, Mohamed Shakir, 40, pula berkata JKM tidak memberi sebarang bantuan kepadanya atas alasan fizikalnya yang sempurna dan tidak berstatus OKU. 

"Walaupun saya tidak cacat tetapi saya ada masalah kesihatan dan tidak mampu dapat sebarang pekerjaan.

"Pihak majikan tidak mahu mengambil saya bekerja kerana latar belakang kesihatan saya yang pernah mengalami 'sakit jiwa' beberapa tahun lalu," katanya.

Katanya JKM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan kepada golongan OKU sahaja, tapi perlu memantau lebih luas kepada golongan kurang bernasib baik yang lain seperti gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan dan disisihkan keluarga serta masyarakat.

Sementara itu, seorang OKU, warga Myammar, dikenali sebagai Abedah, 58, berkata beliau tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Saya berada di Malaysia selama hampir 20 tahun, dan sudah 12 tahun tidak dapat bekerja kerana menghidap kencing manis dan terpaksa dipotong sebelah tangan. 

"Oleh itu, bagi menampung kehidupan saya dan anak saya yang juga OKU, saya terpaksa mengemis di jalanan dengan mengharapkan simpati orang ramai," katanya.

Saturday, 5 July 2014

kemalangan maut di felda palong.hajat bertunang tak tercapai.

JEMPOL - Seorang kakitangan Felda Palong 10 di sini, tidak sempat melangsungkan pertunangannya Disember ini apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 22 , Jalan Bahau-Keratong, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Mohamad Abu Thalha Mohamad Ardani, 25, dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Felda Lui Barat, di sini.

Bapa mangsa, Mohamad Ardani Ngadimon, 55, berkata, anak keempat daripada 10 beradik itu pernah memaklumkan untuk bertunang selepas Hari Raya Aidilfitri, namun ditunda pada Disember.

Menurutnya, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau kelakuan pelik ketika mereka sekeluarga berbuka puasa pada Sabtu dan Ahad lalu.

"Sebelum arwah bergerak pulang ke Felda Lui Barat, isteri saya sempat menelefon arwah memaklumkan terdapat kemalangan di jalan Bahau - Keratong berhampiran lampu isyarat Bandar Seri Jempol.

“Isteri saya sempat berpesan agar memandu berhati-hati. Namun tidak lama kemudian, kami dimaklumkan arwah terbabit dalam kemalangan dan maut di lokasi kejadian,” katanya yang bergegas ke tempat kejadian, petang kelmarin.

Menurutnya, jenazah anaknya itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Felda Lui Barat selepas selesai bedah siasat di Hospital Jempol, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu  sebuah lori, treler dan kereta jenis Proton Persona dipandu mangsa.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku apabila lori dari arah Bahau terbabas ke bahu jalan semasa cuba naik ke atas jalan yang bertebing sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Ketika itu, datang sebuah treler dari arah bertentangan, namun sempat mengelak ke kanan tetapi bergesel di bahagian belakang sebelah kiri lori.

"Selepas itu, lori berkenaan bertembung pula dengan kereta dipandu mangsa yang berada di belakang treler," katanya.

Katanya, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika mengesahkan kejadian, semalam.

Difahamkan, pemandu lori dan treler tidak cedera. Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bandar Seri Jempol.