Saturday 31 May 2014

NGERI!! Ni la makan dia, Klu Wanita memang Suka Engkar Arahan,.. [VIDEO & GAMBAR]


Insiden ngeri berlaku pada tahun lepas di pantai Brazil. Sekumpulan pelancong berakhir dengan tragedi kerana serangan jerung yang dialami oleh seorang wanita. Gadis malang dengan kaki sepenuhnya berkecai di gigit oleh pemangsa yang ganas. 

Walaupun amaran mengenai bahaya pantai ini, pemuda pemudi tetap, degil seperti biasa, bersukaria untuk mandi. Selepas beberapa minit kami mendengar jeritan dari gadis itu. Untuk menyelamatkannya, dia dikejarkan ke hospital, di mana doktor mengambil keputusan untuk memotong anggota kaki di atas paras lutut.










          





Wednesday 28 May 2014

(7 Foto) Suspek Kes Rogol Budak Berumur 12 Tahun Di Tangkap & Dibelasah Di Pantai Sri Tujuh


Kejadian berlaku di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Seorang penjual layang-layang dikatakan menculik dan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun .





Seorang lelaki parah dibelasah sekumpulan individu dipercayai kerana merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam kejadian di Pantai Sri Tujuh, Tumpat semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kumpulan individu dipercayai ahli keluarga mangsa dikatakan membelasah lelaki berusia 30-an itu di hadapan orang ramai.

Lelaki itu yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu. Sumber berkata, mangsa yang berasal dari Jertih, Terengganu dikatakan datang ke rumah saudaranya di Bachok sebelum menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan. Turut didakwa merogol mangsa adalah rakan lelaki terbabit. Sumber itu berkata, kerana marah, keluarga mangsa mencari suspek sebelum seorang daripadanya dikesan berniaga di Pantai Seri Tujuh, Tumpat.



“Sebaik melihat mangsa, kumpulan individu terbabit terus menyerang dan melucutkan seluar mangsa sebelum memukulnya dipercayai dengan rotan sambil disaksikan orang awam,” katanya.



Perlakuan itu turut dirakam pihak tertentu dan dimuat naik sebelum tersebar secara meluas di Internet sejak semalam, lapor akhbar online myMetro.


Macam-macam kes rogol berlaku sekarang ini, mungkin ini lah masa yang paling sesuai untuk melaksanakan Hukum Hudud untuk mendidik masyarakat supaya lebih takut melakukan jenayah ini.

AMBIL GAMBAR 'SELFIE' DI LOKASI KEJADIAN KES #RO-GOL 38 LELAKI, WARTAWAN KOSMO DIKECAM!


Tindakan seorang wartawan Kosmo mengambil gambar selfie di rumah kosong yang dikatakan tempat berlakunya kejadian kes 2 gadis di#per-kosa 38 lelaki di Kelantan menjadi bahan bualan di laman sosial. 

Tindakannya itu dikecam orang ramai kerana didakwakan sebagai tidak sensitif.

Kecewa dengan respon negatif yang diterima dari masyarakat mengenai tindakannya itu, Julia Ismail dalam statusnya di laman Facebook:

"Sebabkan gambar selfie kt lokasi..tetiba i jadi pemes..kalau tak suka jangan la tgk..pejam mata je...banyak lagi gambar selfie ntah apa2 kat luar sana tu..knp la selfie i gak korang nk hencap..."


Menurut Julia lagi, gambar selfie itu satu-satunya cara untuk membuktikan beliau berada di tempat kejadian. Barangkali sebagai bukti kepada bos yang dia buat kerja? Siapa tahu?

Tidak kurang juga, ada yang menghantar mesej kepada Julia apakah dia mangsa kes #ro-gol berkenaan.

Ekoran dari tersebarnya gambar selfie yang dianggap agak pelik itu, Julia menerima banyak permintaan untuk menjadi rakan mayanya di Facebook. Yang peliknya, rata-rata yang ingin menjadi rakannya itu majoritinya dari golongan lelaki-lelaki bujang. - My Media Hub

Ramai 'Geram' Bila Fazura Pengsan [2 Gambar]


Gambar Fazura Pengsan Mengundang Reaksi Nakal Orang Ramai | Baru-baru ini pelakon Fazura telah memuatnaik gambarnya yang sedang pengsan di laman instagram akibat kepenatan setelah bersenam di gym. Gambar yang dimuatnaik Fazura itu menampakkan bentuk tubuh badannya dari bahagian belakang yang amat mantap dan menggiurkan.

Gambar Fazura Pengsan Yang Mengundang Reaksi Nakal Orang Ramai

Jelas sekali gambar itu mengundang reaksi nakal orang ramai dengan komen-komen berunsur ‘geram’ tak kurang juga teguran. Inilah antara komen-komen yang diterima Fazura berkenaan gambar tersebut.







WAJIB TAHU! 10 JENIS MAYAT YANG TIDAK AKAN BUSUK DI DALAM KUBUR





Disebutkan oleh hadits Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :


1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. (HR. Bukhari Muslim)

SubhanAllah..

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin

Sekarang anda mempunyai Dua pilihan
1. Biarkan Tulisan ini berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
2. menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'Bagikan' supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala.

Tuesday 27 May 2014

SADIS - Ibu Pukul Anak Tanpa Henti, Bapa Simbah Air Panas


SADIS -  Ibu Pukul Anak Tanpa Henti, Bapa Simbah Air Panas | Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas dipercayai di pukul ibu sendiri dan disimbah air panas oleh bapa tirinya di rumahnya di Pangsapuri Permai Ria, Taman Tasik Permai, Ampang kelmarin.

SADIS -  Ibu Pukul Anak Tanpa Henti, Bapa Simbah Air Panas

Mangsa, Muhammad Akir Mustaqim Rashidi yang merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 petang oleh ibunya di rumah tersebut.

Kanak-kanak malang itu kemudian dihantar ke Hospital Ampang namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd. Adnan Abdullah memberitahu, hasil bedah siasat, polis percaya mangsa mati akibat didera.


“Pemeriksaan pada mangsa menemui kesan lebam pada badan, kaki dan tangannya.

“Muka dan bahagian hadapan badan mangsa turut terdapat kesan melecur dipercayai disimbah air panas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Adnan berkata, susulan kejadian itu, bapa kandung mangsa, Rashidi Nordah, 36, membuat laporan di Balai Polis Ampang pada hari yang sama.

Tambahnya, polis kemudiannya menahan seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa dan bapa tiri mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi bagi membantu siasatan.



#Sedih bila ibu yang sepatutnya melindungi anak sendiri sehingga hujung nyawa turut terlibat dlm perlakuan kejam begini....


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Pekara-Pekara Pelik Yang Berlaku Di Stesen Minyak


That’s exactly where not heal people’s path, so this is a filling. Absolutely all car owners have to refuel, of course if they want their car to be on the move. And among the clouds refuel people found truly amazing pictures! Especially among Americans refuel .. Funniest Photos of American gas stations with refills, look here!













Punca sebenar anggota trafik merempuh kereta

  • Keadaan kereta terlibat dan motosikal ditunggangi anggota trafik yang rosak. Foto kredit: facebook I Love Perlis.Keadaan kereta terlibat dan motosikal ditunggangi anggota trafik yang rosak. Foto kredit: facebook I Love Perlis.
KANGAR - Seorang anggota trafik cedera di muka apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan berhampiran Kompleks Kesihatan Negeri Perlis di Jalan Kangar-Utan Aji, dekat sini, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang, anggota trafik terbabit merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di jalan tersebut.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal kereta itu telah menghalang laluan motosikal semasa membuat pusingan U untuk kembali ke arah bandar.

“Anggota trafik ini gagal mengelak dan merempuh bahagian kiri kereta kerana tidak menyangka kereta itu akan terus berpusing dan masuk ke jalan yang menghala ke Kangar.

"Mangsa yang cedera di muka kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk rawatan lanjut," katanya.

Katanya, pemandu kereta terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara cuai,” katanya.

Jelas Abdul Rahman, anggota trafik itu dalam perjalanan pulang ke Balai Trafik Kangar dari arah Utan Aji selepas selesai melakukan tugas mengiring kenderaan kontinjen negara Brunei yang menyertai Sukan Malaysia (Sukma).

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai supaya berwaspada dan memberi laluan kepada petugas-petugas trafik yang melakukan tugas semasa Sukma berlangsung.

Sensasi Gambar Hampir B+gel Erin?







Sensasi Gambar Hampir B+gel Erin?| Erin Malek sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar terbarunya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya dua hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini.

Difahamkan, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid.

Erin menulis kapsyen gambar sebagai, “selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid."

Erin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “gambar itu saya tujukan untuk semua.

“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya.

Erin yang mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.


“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.

“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar b+gel pun," katanya lagi.

Memang bagi Erin "its nothing" tapi mungkin memberi pandangan berbeza masyarakat di negara

RAHIM JATUH DAN TERKELUAR SAKIT YANG BAHAYA BUAT WANITA




tujuan


Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’’, lihat tajuk ‘Pembedahan’) Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.

Gangguan perkencingan.

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal. Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.

Gangguan hubungan kelamin

Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.

Agnes Monica Terkini



Rasanya rata-rata peminat seni tanahair mengenali artis seberang ini tak lain tak bukan Agnes Monica . 

Agnes kini sedang berada di luar negara dan sedang merakamkan lagu bersama penyanyi antarabangsa . 

Rasanya rata-rata peminat semua mengetahui bahawa Agnes memang popular dengan imejnya yang seksi bila beraksi di pentas dan dalam video muzik terbarunya dia bersama penyanyi antarabangsa dengan imej pakaian yang agak terdedah sama sekali membuatkan ramai peminat tidak senang dengan imejnya .

Terbaru Agnes sekali lagi memuatnaik gambar yang agak seksi dirinya bersama seorang penyanyi kulit hitam.

Jom layan gambar terkini Agnes yang super hot pada masa kini....