Sunday 29 June 2014

[Pengakuan] Luna Maya sebenarnya masih sayangkan Ariel

Meskipun hubungan cinta antara mereka sudah berakhir dan secara tragik pula di hati Luna Maya masih ada rasa sayangnya kepada Ariel Noah.
Menceritakan perasaannya, Luna Maya berkata, Ariel masih bertakhta di hatinya walaupun vokalis Noah itu dilapor sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lagi aktres Indonesia, Sophia Mueller. Ya, sejujurnya saya masih sangat sayangkan Ariel.
“Sayang sekali dia meninggalkan saya sendirian,” katanya kepada media semalam.Nama Luna Maya dan Ariel menjadi perhatian sebelum ini selepas aksi asmara mereka tersebar di Internet.
Pendedahan itu menyebabkan Ariel dipenjara beberapa bulan atas tuduhan menghasil dan memiliki bahan lucah.
Ketika di penjara hubungan cinta Ariel, Luna Maya akhirnya berakhir.Selain Luna Maya Ariel juga didapati merakam aksi ranjang dengan seorang lagi selebriti Indonesia, Cut Tari.
Walaupun aib dengan peristiwa itu, Luna Maya nampaknya tetap menyayangi penyanyi berkenaan.Luna Maya ditanya ketika menyertai rancangan bual bicara Dahsyat semalam.
Dalam program itu kru Dahsyat menjemput peserta pertandingan Indonesian Idol, Theo, yang memiliki wajah seakan-akan Ariel.
Muncul dari dalam kotak bertutup kain hitam, Luna Maya kelihatan kaget melihat Theo yang disangkanya Ariel. Namun apabila menyedari lelaki itu adalah Theo, Luna Maya kecewa. “Kalaulah itu benar-benar Ariel, pasti saya sangat gembira,” katanya

ragam orang tak puasa....


Saturday 28 June 2014

Kisah Sedih Di Sebalik Foto Budak Berambut Aneh Yang Tersebar Di Media Sosial...

Sebuah foto seorang budak lelaki dengan potongan rambut aneh dan wajah lusuh tersebar di media sosial, khususnya di kalangan penduduk Filipina. Foto budak ini membuat para pengguna media sosial yang tidak mengetahui kisahnya mentertawakan potongan rambutnya yang sangat aneh. Padahal sebenarnya, ada sebuah kisah menyedihkan di sebalik foto budak ini yang tidak patut untuk ditertawakan.





Dilapor pinoytrending.altervista.org, foto ini awalnya dimuat naik oleh seseorang yang prihatin kerana mengetahui bahawa budak ini kehilangan tempat tinggal. Dia berharap, dengan menyebarkan fotonya, ada kerabat atau keluarganya di tempat lain yang dapat menjaganya.Sebuah foto seorang budak lelaki dengan potongan rambut aneh dan wajah lusuh tersebar di media sosial, khususnya di kalangan penduduk Filipina. Foto budak ini membuat para pengguna media sosial yang tidak mengetahui kisahnya mentertawakan potongan rambutnya yang sangat aneh. Padahal sebenarnya, ada sebuah kisah menyedihkan di sebalik foto budak ini yang tidak patut untuk ditertawakan.





Dilapor pinoytrending.altervista.org, foto ini awalnya dimuat naik oleh seseorang yang prihatin kerana mengetahui bahawa budak ini kehilangan tempat tinggal. Dia berharap, dengan menyebarkan fotonya, ada kerabat atau keluarganya di tempat lain yang dapat menjaganya.Beberapa orang asing juga mempermainkan dirinya yang mempunyai gangguan mental dan kekurangan makanan ini. Dia diumpan akan diberi sejumlah wang dan makanan asalkan mereka boleh melakukan apa saja padanya termasuk memotong rambutnya sesuka hati. Namun, setelah mereka memperlakukannya sesuka hati, wang dan makanan itu tidak pernah sampai di tangannya. Malah, mereka sampai hati untuk menghadiahi kanak-kanak malang ini sebuah tendangan di bahagian perutnya dan membelasahnya hingga tak sedarkan diri. Mujur beberapa orang datang menolongnya. 3 lelaki jahat yang memukulnya melarikan diri, namun berjaya akhirnya dapat ditangkap dan dipenjarakan.



Selepas kejadian memilukan itu, penduduk membantunya mengambil foto kanak-kanak ini dan memuat naiknya di Facebook, berharap ada kaum keluarganya yang membaca dan mengetahui keadaannya.



Namun, tujuan mulia ini tidak terlaksana, parahnya ramai orang menyebarkannya hanya kerana menganggap potongan rambutnya sangat aneh dan menjadikannya bahan ketawa sehingga tujuan awal dari disebarnya foto ini lenyap

Friday 27 June 2014

Wanita Sindrom Down ditemui dikurung di bawah rumah



TUMPAT: Seorang wanita yang dipercayai mengalami Sindrom Down ditemui terkurung dan terkunci di dalam sebuah bilik bawah rumah di Kampung Pasir Pekan, di sini siang tadi.

Wanita berkenaan yang dipercayai berumur sekitar 30an dikurung di bawah rumah berkenaan lebih 10 tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip, pihaknya menerima maklumat dari orang awam yang memaklumkan terdapat seorang wanita dikurung di bawah rumah.

Susulan laporan itu, pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Tumpat, Jabatan Pertahanan Awam, JPA bergegas ke rumah yang dimaklumkan sekitar jam 3 petang tadi.

Thursday 26 June 2014

Abang kandung jual adik perempuan 16 tahun

Seorang remaja 16 tahun terpaksa menempuh detik hitam apabila dijual kepada seorang lelaki di China oleh abang kandungnya sendiri.

Lebih malang, gadis itu dipaksa untuk mengahwini lelaki tersebut dan tinggal di China selama sebulan sebelum dia berjaya melepaskan diri dan pulang ke pangkuan keluarga di Vietnam.

Kiab, (bukan nama sebenar) ketika menceritakan semula detik pahit yang dialami, menggambarkan perasaan kecewa terhadap abang kandungnya yang sanggup menjual adiknya sendiri kepada sebuah keluarga di China.

“Dia telah menjual adiknya sendiri ke China, dia bukan lagi seorang manusia di mata saya,” katanya kepada pemberita.

Sebaik sahaja Kiab menginjak ke 16 tahun, abangnya berjanji untuk membawanya ke sebuah majlis keraian di sebuah pusat pelancongan di utara Vietnam.

Namun abangnya tidak membawanya ke tempat yang dijanjikan sebaliknya, dia diserahkan sebagai seorang pengantin kepada keluarga lelaki tersebut.

Selepas melarikan diri, suaminya dan meminta bantuan polis tempatan untuk kembali ke negara asal.

Terima Hidayah, Model Kelahiran Amerika Peluk Islam

Biarpun dilahirkan sebagai Kristian dan merupakan anak tunggal seorang paderi, seorang model antarabangsa kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat akhirnya terbuka hati memeluk Islam.
Itulah kisah model, Aliza Kim (gambar atas) berdarah Thailand yang baru berusia 20-an dan sudah menerima hidayah Allah untuk menjadi seorang Muslimah sejak tahun lepas.
Aliza kini menetap di Malaysia sejak enam tahun lalu, menurut artikel di blog.
Sebagai anak tunggal dan dibesarkan dengan ajaran Kristian sempurna oleh bapa bergelar paderi, Aliza berkata, dia perlu mengambil berat perasaan kedua-dua ibu bapanya sebelum mengumumkan menganut Islam.
Berikutan itu, dia mengambil masa setahun untuk membuktikan kasih sayang sebagai anak kepada ibu bapa sebelum mengisytiharkan pengislamannya kepada masyarakat dan keluarga, Januari lalu.
“Sebelum memaklumkan mereka mengenai status Islam, terlebih dulu saya memberitahu bahawa diri sedang mempelajari Islam dan tiada sebarang bantahan daripada mereka.“Bapa seorang lelaki yang baik dan taat kepada agama, pernah terlintas di fikiran saya bahawa sukar untuk berterus-terang kepadanya.
“Temujanji antara anak dan bapa di Melaka, tahun lalu, memberi peluang kepada saya untuk membuktikan diri masih anak yang mereka sayangi sejak kecil. Kasih sayang itu tidak akan berubah.
“Semestinya pengakuan saya membuatkan mereka bersedih, namun bapa berfikiran terbuka dan mereka menerimanya dengan hati terbuka.
“Pesanan mereka sekiranya Islam memberi ketenangan dan harapan, saya diberi kebebasan untuk meneruskan pilihan itu,” kata Aliza ketika ditemui pada majlis International Hijab Event 2014, di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.
Program itu diadakan sempena Hari Hijab Sedunia 2014 yang turut disambut semalam.
Wanita ini mengakui memiliki alasan kukuh merahsiakan dulu status pengislamannya, termasuk persediaan menjadi Muslimah sejati secara luaran mahupun dalaman dan penerimaan ibu bapanya.
Sebelum saya umumkan kepada khalayak ramai, saya perlu membuat persediaan awal.
“Saya ingin memakai pakaian menutup aurat, berhijab bukan sekadar menutup rambut, bahkan hati dan fikiran saya,” katanya.
Menurut Aliza, perjalanannya bergelar seorang wanita Muslm bermula dengan bacaan dan kajian untuk mencari ketenangan sebenar dalam hidup. Jika beliau mengumumkan keislamannya lebih awal namun tidak memiliki ciri-ciri wanita Muslimah sama ada pemakaian, pemikiran mahupun percakapan, mungkin ada yang menganggap ia mainan dan penghinaan kepada Islam sendiri.
“Saya ingin menjadi Muslimah sejati, di dalam mahupun di luar,” katanya yang kini giat menghasilkan buku panduan Islam kepada saudara baru dengan cara lebih mudah.
Berkongsi cerita penghijrahannya, Aliza yang kini aktif menghadiri kelas agama setiap hujung minggu ini mengakui perjalanan mencari kebenaran bermula apabila kehidupan peribadinya berdepan krisis besar, termasuk gemar menyertai parti sosial dan bergambar “berani” dalam dunia fotografi.
“Selepas enam bulan hidup dengan cara itu, saya mula bosan dan kekosongan jiwa belum diubati. Kemudian, saya menyesal dan berhasrat untuk kembali kepada ajaran agama.
“Saya tinggalkan semua aktiviti itu dan mendekatkan diri kepada Tuhan dengan harapan dapat menemui ketenangan sebenar.
“Berniat mencari agama dan ajaran sebenar, saya mengunjungi banyak gereja serta membuat kajian mendalam sejak 2012.
“Namun pencarian itu belum memenuhi kekosongan jiwa. Lantas saya mula mengkaji agama danajaran yang dibawa golongan nabi termasuk Muhammad, Isa dan Musa.
“Saya percaya nabi tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan,” katanya sambil mengakui teman menyarankan supaya mengkaji Islam. Sepanjang pembacaannya mengenai Islam terutama kisah nabi, Aliza mengakui lebih mudah memahami kerana dia turut mempelajarinya dalam Bible.
Aliza berkata, dia tertarik dengan sistem dan penstrukturan Islam dalam aspek kehidupan seperti bersolat, makan, pakaian mahupun bercakap.
“Apabila kita ikhlas mencari Allah, Dia akan datang kepada kita. Kemudian, saya mencari kebenaran mengenai satu Tuhan, bukan saja Islam, Kristian mahupun Yahudi, bahkan agama lain.
Saya membaca 12 buku dan setiap buku itu membawa saya kepada pencarian dan pengetahuan baru mengenai kebenaran.
“Saya berasakan ia adalah aturan sempurna ditetapkan Allah untuk saya melihat kebenaran.
“Apabila difikirkan semula, secara ikhlas saya yakin sebenarnya kebenaran yang menemui saya,” kata lulusan Sarjana Perniagaan Antarabangsa ini.
Disoal masih merindui dunia peragaan, Aliza berkata, pekerjaan itu dilakukan bukan untuk mengejar populariti, sebaliknya mencari pendapatan menampung kehidupannya.-

gadis dibunuh lepas diperkosa bergilir-gilir.

Gadis dibunuh selepas diperkosa bergilir-gilir

Gadis di perkosa beramai -ramai , dicekik, digantung pada pokok - Tidak lama selepas kes dua gadis diperkosa beramai-ramai sebelum dibunuh dan mayat mereka digantung di atas sebuah pokok di India, satu lagi kes yang hampir sama berlaku di Pakistan, dua hari lalu.
Dalam kejadian yang berlaku di daerah Layyah itu, Muzammil Bibi, 20, dipercayai diperkosa oleh tiga lelaki di sebuah padang sebelum dicekik hingga mati.
Tidak cukup dengan itu, mayatnya kemudian digantung dengan tali di atas sebuah pokok oleh suspek.
Kejadian itu mengejutkan orang ramai kerana ia bukanlah jenayah yang biasa berlaku di kawasan itu.
Selama 22 tahun saya berkhidmat, inilah kali pertama kami berdepan dengan kes seumpama ini. Kami pernah mendengar kes ini berlaku di India, tapi bukan di Pakistan.
Pakaiannya koyak. Kami membawa turun mayatnya dari pokok dan menghantarnya ke hospital. Terdapat kesan-kesan pergelutan pada tubuhnya.
Kami sudah menahan tiga individu yang mengaku melakukan jenayah itu, ujar pegawai polis senior, Sadaqat Ali Chohan.
Secara jujurnya, kami sendiri kurang jelas akan tujuan para perogol ini menggantung mayat gadis yang telah dirogol dan dibunuh di atas pokok berbanding menyorokkannya di tempat yang sukar ditemui.Mungkinkah ia sengaja dilakukan bagi menunjukkan ‘kekuasaan’ mereka terhadap golongan wanita yang lemah. 

Kesilapan Pegang Tangan Farid Kamil Satu Pengajaran - Nora Danish

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menyifatkan kejadian memuat naik foto dia memegang tangan Farid Kamil di Instagtam bagi mempromosikan filem Pengantin Malamsehingga membuatkan isteri aktor itu menegurnya menjadi satu pengajaran.


Nora, 32 berkata, keadaan itu juga  akan membuatkan dia lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan mana-mana pelakon lelaki berstatus suami orang agar tidak melukakan mana-mana pihak.



"Kalau boleh saya enggan memberi sebarang komen berkenaan dengan isu ini sebab takut apa yang saya komen akan akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.



"Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bekerjasama dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang.



"Mungkin perkara ini akan menjadi pengajaran buat diri saya sendiri," katanya kepadamStar Online.



Terdahulu, Diana meluahkan perasaan tidak puas hati dalam Instagram miliknya dengan menyindir seorang artis yang memegang tangan suaminya ketika bergambar untuk mempromosikan sebuah filem.



Tanpa menyebut siapakah individu itu, umum dapat mengagak artis tersebut adalah Nora Danish yang diminta bergambar bersama Farid bagi mempromosikan filem Pengantin MalamTindakan Diana telah mendapat respons kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram malah ada yang menganggap dia bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.



Sementara itu, dia mengakui sejak akhir-akhir ini dia sering menjadi bahan kontroversi bertimpa-timpa namun menganggap ia sebagai satu dugaan buatnya.

"Bagi saya perkara ini sudah menjadi lumrah dalam dunia seni  dan saya harus terima perkara itu sebagai dugaan pada diri.

"Bagaimanapun saya ada keluarga untuk memberi semangat pada saya. Mungkin orang nampak saya seorang yang kuat tetapi sebagai wanita, hati saya mudah terguris dengan isu-isu negatif seperti ini," jelasnya.


Terdahulu, bekas suami Nora iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai dalam Instagram miliknya pada Khamis meminta orang ramai tidak mengaitkan isterinya iaitu Fasha Sandha terhadap keruntuhan rumahtangganya yang dibina dengan Nora.-sumber.

Perompak Pun Ada Hati & Perasaan

Walaupun berkerjaya sebagai perompak, namun itu tidak menghalang tumbuh taman-taman segar dihatinya. Seorang perompak menghalang rakannya dari merogol gadis yang dicintainya. Sungguh tragis sekali cinta yang mendalam itu. Baca laporan penuh dari Metro ini, tapi yang tak tahannya kerja-kerja merompak tetap diteruskan biarpun rasa cinta itu muncul.

Bandar Baharu: Seorang penjenayah yang tiba-tiba 'jatuh cinta' terhadap mangsanya yang juga seorang gadis berusia 24 tahun, bukan hanya menghalang rakannya daripada mencabul atau merogol gadis diminati itu, malah menawarkan diri untuk menjadi kekasih wanita itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang di Kampung Permatang Pasir di sini, suspek bersama tiga rakannya memecah masuk rumah mangsa sebelum mengepungnya di dalam bilik tidur, manakala tiga lagi ahli keluarga mangsa diikat tangan sebelum diletakkan di bilik lain.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul berkata, dia yang terjaga daripada tidur cuba menjerit apabila menyedari dua suspek yang memakai topeng berdiri di atas katilnya, namun gagal kerana seorang daripada penceroboh menekup mulutnya dengan tangan.

Ketika saya diarahkan berbaring dalam keadaan telentang sambil mulut ditutup, seorang lagi penceroboh cuba mengambil kesempatan mencabul saya.

Namun, tindakan itu dihalang oleh penceroboh ketiga yang memberi amaran akan memukul rakannya itu jika saya diapa-apakan dan mengarahkan saya menyerahkan semua wang dan barang kemas yang disimpan.

Selepas itu dia mengajak saya berbual-bual dan memberitahu sering memerhatikan saya di beberapa majlis keramaian. Dia kemudian menawarkan diri menjadi kekasih selain melarang penceroboh lain mengambil komputer riba saya selepas saya merayu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Gambar Rumah Firdaus Didedah, Isteri Pegawai Imegresen Buka Mulut





Di laman FB seorang wanita bernama Fatanah, dia menceritakan pengalaman suaminya yang menyertai operasi PATI sehingga berjaya menemui Firdaus.

Friday 20 June 2014

Anzalna Nasir TAYANG peha gebu untuk semua!


Anzalna Nasir TAYANG peha gebu untuk semua! – Anzalna Nasir merupakan salah seorang selebriti wanita yang menjadi kegemaran penulis bukan sahaja kerana kecantikan dan keseksiannya malah bakat lakonan dan cara beliau melayan peminat di laman sosial.


Memiliki ketinggian dan bentuk badan yang amat ideal, aktres berusia 26 tahun ini sering dipilih melakonkan watak antagonis iaitu sebagai perampas suami orang. Begitupun, reputasinya sebagai model dan duta produk tidak terjejas.

Terbaru, Anzalna telah menggayakan satu rekaan fesyen gaun ketat yang mempunyai belahan paras peha. Ia membuatkan penampilannya kurang menyerlah dan agak pelik. Benarkah?


Punca Sebenar Kes Remaja Di Perkosa 38 Lelaki , Laporan Polis Tersebar !



Gadis berusia 17 tahun yang ditahan reman berhubung dengan kes rogol seorang gadis 15 tahun oleh kira-kira 38 lelaki di Ketereh, Kelantan pada 20 Mei lalu mungkin bersekongkol dalam merancang jenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihak polis curiga kerana dia tidak membuat laporan polis berkenaan insiden itu, memetik The Star.

Setakat ini, lebih 10 orang termasuk gadis itu sudah ditahan dan polis percaya hampir kesemua mereka berada di bawah pengaruh dadah sewaktu melakukan perbuatan tersebut.

Azham turut menekan pengambilan pil kuda atau amphetamine sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes rogol.

Di Kota Bharu saja, lebih kurang 16 kes rogol dilaporkan sebulan dan kebanyakannya melibatkan mangsa bawah umur.

Kami percaya ia ada kaitan dengan penyeludupan dadah merentasi sempadan Malaysia dan Thailand, katanya.

Padah miliki payudara, punggung besar



GAMBAR dalam bulatan menunjukkan wanita berkenaan tersepit di celah bongkah batu.

Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya.

Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu.

Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem ‘127 Hours’ berdasarkan kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, padaApril 2003.

Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas meneroka sebuah kawasan terpencil.

Kerana takut mati keseorangan, Ralston memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri.

Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. - Agensi
Sumber: myMetro

Thursday 19 June 2014

Rita Rudaini Penipu Besar, Aidil Cerita Kisah Sebenar

Semalam Rita Rudaini ada membuat kenyataan bahawa Aidil Zafuan langsung tak jenguk anak-anak lepas kahwin baru dan Zarema Zainal dikatakan "block" komunikasi antara Aidil dan Rita.



Wartawan mStar telah dihubungi oleh Aidil Zafuan untuk menceritakan kisah sebenar.

ZAREMA HALANG KOMUNIKASI

Tentang Zarema block aplikasi WeChat dan Whatsapp, ternyata itu pembohongan sahaja. Aidil memberitahu, Zarema tiada kaitan langsung dengan perkara ini.

Ini kata Aidil: isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsAppdan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia tak boleh SMS atau telefon saya terus?

LEPAS KAHWIN TAK JENGUK ANAK

Aidil juga akui tak sempat menziarahi anaknya kerana beliau kini menetap di Johor dan kekangan masa bermain bola sepak dan bekerja.

TAK PEDULI ANAK SAKIT

Kata Aidil, dia langsung tak tahu anaknya sakit dan keadaan anaknya. Aidil hanya tahu anaknya masuk hospital melalui instagram Rita Rudaini.

Aidil juga memberitahu, RIta Rudaini yang tak pernah memberitahu hal anaknya dan khabar anaknya.

Ini kata Aidil: saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.

Sebagai ibu kepada ana-anaknya, dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya? Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.

NAFKAH ANAK-ANAK DAH BAYAR?

Aidil mendedahkan, Zarema yang akan membantunya bank in duit jika dia busy dengan kerjayanya.

Ini kata Aidil: Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru. Jika benarlah dia masih tidak berpuas hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian daripada orang sahaja. 

TINDAKAN TERHADAP RITA

 Aidil juga menambah terpulang kepada Zarema untuk mengambil tindakan terhadap Rita kerana memburuk-burukan Zarema kepada media.



Realiti Keadaan Sebenar Kanak2 10 tahun Di Brazil Sediakan Servis Pelacuran Sempena Piala Dunia



Penyiasatan Sunday People mendedahkan kanak-kanak terbiar, kotor serta penagih gam dan kokain dieksploitasi pengedar dadah dan bapa ayam untuk keuntungan.

Kanak-kanak berusia 10 tahun dipaksa melacur di jalanan sekitar Brazil bagi memenuhi selera seks peminat bola sepak sempena Piala Dunia di negara itu. 

Kebanjiran lebih 600,000 peminat daripada seluruh dunia ke Brazil menambah nasib buruk kanak-kanak itu. 
Mark Williams Thomas terbang ke Recife untuk menemu bual kanak-kanak yang terperangkap dalam kancah pelacuran.

“Selaku bekas detektif serta berpengalaman menyiasat selama 30 tahun mengenai penderaan kanak-kanak termasuk kes skandal Jimmy Savile, apa yang saya temui di Brazil membuatkan saya menggeletar.

“Beribu-ribu kanak-kanak berada dalam keadaan terdesak. 
“Pencari pelanggan untuk seks serendah RM7.12 selepas bapa ayam memaksa mereka berpakaian dan bersolek agar kelihatan lebih tua. 

“Mereka berulang-alik bagi menjalankan perdagangan kotor itu hanya beberapa ela dari hotel yang didiami peminat British. 
“Mereka juga perlu menghidu gam untuk menghentikan rasa kelaparan. 
“Malah, mereka takut selepas seorang pelacur ber–usia 14 tahun dibunuh dan mayatnya dibuang di jalanan beberapa bulan lalu oleh seorang lelaki yang enggan membayar perkhidmatan seks,” katanya. 

Pemerdagangan mengejutkan membabitkan kanak-kanak perempuan dan lelaki berada di bawah pemerhatian polis. 
Dengan suasana pantai yang menarik dan di sebelah bangunan pencakar langit, Recife adalah bandar kelima terbesar di Brazil serta tuan rumah kepada lima perlawanan Piala Dunia. 

    Recife juga terbabit dengan dadah dan penderaan kanak-kanak seperti mana yang dikatakan seorang pekerja amal, ia adalah sama di semua bandar di negara ini. Sebaik saja pelancong tiba di lapangan terbang, pemandu teksi yang menunggu akan menawarkan pelancong membeli dadah atau seks. 
Kanak-kanak terbabit akan duduk di sekitar dataran pusat bandar, tempat yang sama peminat bola sepak berkumpul. 

Ia mungkin dianggap tempat kejadian yang tidak membahayakan, tetapi ramai kanak-kanak ini menawarkan seks tanpa berfikir dua kali. “Terlintas di fikiran semuda manakah kanak-kanak ini kerana mereka cuba berlagak agar kelihatan lebih tua dengan pakaian dan solekan. “Dengan ditemani penterjemah dan mubaligh yang bekerja dengan kanak-kanak di jalanan, saya bercakap dengan tiga budak perempuan, seorang daripadanya jelas tidak waras kerana menghisap dadah dan menghidu gam. 

“Lorrisa baru berusia 13 tahun dan saya pasti tubuh kecilnya itu terbantut akibat dadah. 
Dia menghidu gam industri yang kuat daripada sebuah botol plastik yang mereka namakan sebagai ‘cola’. “Saya rapatkan botol itu ke hidung dan cuba melihat isi kandungannya, namun bau yang terlampau itu menyakitkan kepala saya,” kata Mark. 

Menurut Lorissa, menghidu gam membuatkan dia pening dan kebas sekali gus menghentikan rasa lapar, oleh itu dia tidak perlu makan. “Ia membantu saya menghadapi keganasan dan bahaya di jalanan,” kata Lorissa. Seketika kemudian, Raphaela, 13, rakan Lorissa turut menyertai perbualan kami. 

“Saya sering didatangi puluhan lelaki yang mahukan khidmat seks sama ada penduduk tempatan, pelancong dan pemandu teksi. “Mereka akan membayar BRL10 (RM14.28). 
“Rakan saya, Mickela tinggal di jalan dan dia dibunuh pada hari polis merusuh. “Seorang lelaki menjemputnya di stesen kereta api Metro dan dia mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu. 

“Tetapi, lelaki itu enggan membayar Mickela lalu dia dibunuh dan mayatnya dibuang. Ia berlaku hanya beberapa minggu lalu,” kata Mickela, 14. 
Seorang pelacur tua yang berperanan sebagai ibu kepada kanak-kanak terbabit memberitahu polis gagal mencari pembunuh itu. 


Dalam tempoh tiga jam Mark menghabiskan masa berbual dengan kanak-kanak itu, dua kali kereta polis melewati mereka, tetapi pegawai polis itu tidak melakukan apa-apa. Ia membuatkan kebanyakan bapa ayam datang dan pergi bersama pengedar dadah selamat daripada pengetahuan polis. Calliem, 14, memberitahu Mark bagaimana dia mula menjual tubuhnya untuk seks pada usia 11 tahun. 

“Saya melakukan hubungan seks dengan lelaki dan mereka hanya membayar saya RM7.13,” katanya. Calliem adalah pengguna tetap cola, ganja dan kokain crack, memperoleh kokain itu daripada peniaga di jalanan. 
“Ayah saya sudah mati, ibu saya tinggal di tempat perlindungan bersama ibu saudara dan saya mempunyai sembilan adik-beradik. 

“Tiga daripadanya mati. Seorang darinya maut dalam satu tembakan,” katanya. Keluarga yang masih ada tahu kegiatannya yang hidup di jalanan dengan menjual diri untuk seks. Perkara yang paling mengejutkan adalah cara dia bercerita mengenai hidupnya, seolah-olah ia adalah normal dan boleh diterima. Calliem memberitahu Mark, dia takut jika Piala Dunia hanya menarik lebih ramai lelaki mengadakan hubungan seks. Wanita berumur 41, yang tinggal di jalanan sejak berusia tujuh tahun berkata: “Kanak-kanak menghadapi risiko besar daripada lelaki dan pelancong tempatan. 

“Seorang budak berumur 10 tahun dipaksa menjadi pelacur. 
“Kanak-kanak ini mengikut kebanyakan lelaki kerana mereka ketagih pada dadah dan memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli dadah. 
“Mereka menggunakan dadah untuk berasa kebas akibat penderaan seksual, mula menjadi ketagih lantas perlu menjual diri berulang kali bagi mendapatkan wang,” katanya. 

Dadah mudah diperoleh secara meluas di Brazil dan negara ini berada dalam genggaman wabak kokain crack. Menurut Mark, dia bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang ketagih crack dan cola dan menjadi bapa ayam oleh seorang lelaki yang mereka gelar Pak Cik. 

“Saya juga dibawa ke kawasan setinggan terkenal Santo Amaro untuk bercakap secara rahsia dengan seorang pengedar dadah berpangkat pertengahan, Stephanie. “Dia memberitahu hanya menjual crack kepada remaja dan orang tua malah seorang pelanggannya bergelar peguam. 

“Apabila saya memberitahunya dadah itu sering dijual kepada anak-anak muda, dia mula menangis kerana mempunyai anak ketagih ‘crack’,” katanya. 
Beliau juga bertemu komander polis, Mejar Angelo yang menjemputnya ke stesen bersama seorang pegawai dari Jabatan Pemerdagangan Manusia. 
“Pegawai polis terbabit memberitahu terlalu banyak kes seksual membabitkan kanak-kanak di negara itu sehingga mereka tidak ingat satu persatu,” katanya. 

Mejar Angelo menambah: “Kami memandang serius isu berhubung peminat mahu melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak. “Kami menubuhkan talian bantuan dan bertindak segera dengan mana-mana panggilan serta mencari bukti,” katanya. 

Namun tidak pasti sejauh mana serius dan ikhlas anggota polis di negara itu bagi membanteras kegiatan seks membabitkan kanak-kanak. Namun operasi pengawasan yang mudah selama lebih seminggu mungkin mampu memerangkap ramai pesalah seks dan dapat menyelamatkan kanak-kanak. 

Polis di United Kingdom akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil untuk menyekat kemasukan pesalah seks kanak-kanak yang dikenali. - 

Wow!!! Rozita Che Wan Berbaju Barbie MANTAP & CUN Habis !

Rozita Che Wan berbaju barbie undang perhatian orang ramai - Selepas tersingkir di peringkat separuh akhir rancangan realiti Masterchief Selebriti Malaysia musim kedua beberapa hari lalu, Rozita Che Wan kini tampil dengan fesyen terbaru yang bakal mencairkan hati lelaki.



Kekasih kepada Zain Saidin ini dilihat hanya mengenakan pakaian barbie paras lutut ketika merasmikan sebuah SPA di kawasan Wangsa Maju namun tetap cantik dan menawan. Berikut ialah beberapa keping gambar Rozita Che Wan berbaju barbie.