Thursday 26 June 2014

Perompak Pun Ada Hati & Perasaan

Walaupun berkerjaya sebagai perompak, namun itu tidak menghalang tumbuh taman-taman segar dihatinya. Seorang perompak menghalang rakannya dari merogol gadis yang dicintainya. Sungguh tragis sekali cinta yang mendalam itu. Baca laporan penuh dari Metro ini, tapi yang tak tahannya kerja-kerja merompak tetap diteruskan biarpun rasa cinta itu muncul.

Bandar Baharu: Seorang penjenayah yang tiba-tiba 'jatuh cinta' terhadap mangsanya yang juga seorang gadis berusia 24 tahun, bukan hanya menghalang rakannya daripada mencabul atau merogol gadis diminati itu, malah menawarkan diri untuk menjadi kekasih wanita itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang di Kampung Permatang Pasir di sini, suspek bersama tiga rakannya memecah masuk rumah mangsa sebelum mengepungnya di dalam bilik tidur, manakala tiga lagi ahli keluarga mangsa diikat tangan sebelum diletakkan di bilik lain.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul berkata, dia yang terjaga daripada tidur cuba menjerit apabila menyedari dua suspek yang memakai topeng berdiri di atas katilnya, namun gagal kerana seorang daripada penceroboh menekup mulutnya dengan tangan.

Ketika saya diarahkan berbaring dalam keadaan telentang sambil mulut ditutup, seorang lagi penceroboh cuba mengambil kesempatan mencabul saya.

Namun, tindakan itu dihalang oleh penceroboh ketiga yang memberi amaran akan memukul rakannya itu jika saya diapa-apakan dan mengarahkan saya menyerahkan semua wang dan barang kemas yang disimpan.

Selepas itu dia mengajak saya berbual-bual dan memberitahu sering memerhatikan saya di beberapa majlis keramaian. Dia kemudian menawarkan diri menjadi kekasih selain melarang penceroboh lain mengambil komputer riba saya selepas saya merayu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment