Thursday 19 June 2014

Isu Pelajar UM Berpurdah Zulaikha Adam : Punca Universiti Malaya Tidak Benarkan Pelajar Berpurdah Di Dalam Dewan?






Isu Pelajar UM Berpurdah : Ada yang bertanya kepada Berita Semasa kenapa tidak keluarkan isu semasa yang hangat sekarang ini berkenaan isu pelajar UM berpurdah Zulaikha Adam yang diarah keluar untuk mencabut purdah tidak dikeluarkan di Berita Semasa. Ermmm…..

Sebenar Berita Semasa sedia maklum mengenai isu tersebut. Tetapi bagi Berita Semasa tiada apa sebenarnya cuma salah faham sahaja yang boleh diselesaikan cepat secara baik. Samada pelajar UM berpurdah itu mahu mengeluarkan pendapatnya terpulang, tidak perlu dipolitikkan dan disensasikan sebenarnya.
Isu Pelajar UM Berpurdah Zulaikha Adam : Peraturan Universiti Malaya

Ini semua ada budi bicara dan pertimbangan. Sebenarnya berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap perlembagaan PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 pada muka surat 60; Jadual C (Arahan Am Peperiksaan) No. 3 E


LARANGAN: memakai apa-apa pakaian yang menutup muka, pakaian
yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan keadaan, selipar, topi, seluar pendek dan sarung tangan (kecuali pelajar perubatan di klinik dan makmal) di dewan peperiksaan.



Berita Semasa tidak merasakan peraturan atas terlalu kejam tetapi ideal sebenarnya telah terang dan jelas supaya para pelajar mengikut peraturan supaya perjalanan peperiksaan berjalan lancar.

Sepengetahuan Berita Semasa, Universiti Malaya (UM) sama sekali tidak melarangkan pelajar UM berpurdah tetapi biarlah pada situasi dan tempat yang sesuai. Berpurdah di dalam dewan peperiksaan? Tidakkah itu bakal merumitkan lagi kerja pegawai peperiksaan melibatkan masalah identiti semasa menjawab kertas peperiksaan. Jadi di sini ia lebih kepada budi bicara dan pelajar UM berpurdah Zulaikha Adam sepatutnya sedia maklum.

Peperiksaan ini melibatkan identiti dan boleh sahaja berlaku penipuan dengan mengupah orang lain masuk dewan peperiksaan bagi pihak calon.

Berita Semasa masih ingat lagi dalam mahkamah pun saksi pernah diarah tunjukkan muka sebagai langkah memastikan identiti.
Dalam keputusan Mahkamah Agung (pada ketika itu) bagi kes Hjh Halimatussaadiah bte Hj Kamaruddin v Public Services Commission, Malaysia & Anor, mahkamah memutuskan kerajaan ada hak memecat kakitangan jika enggan akur arahan tanggalkan purdah semasa bekerja.
Seperkara lagi yang kurang berkaitan, peguam bagi Hajah Halimatussaadiah ialah Karpal Singh.

P/S : Ikut sahaja peraturan yang ada, tiada kaitan mereka mahu amar ma’ruf nahi mungkar pun. Sekadar pandangan daripada Berita Semasa, apa respon balas anda pula?

PP/S : Cuma Berita Semasa faham darah muda apatah lagi pada ketika itu adik Zulaikha Adam (pelajar UM berpurdah)sedang galak menjawab kertas peperiksaan, apatah lagi masa itu emas dan agak stress di sit. Tiba-tiba diarah keluar untuk menanggalkan purdah. Akhirnya apa jadi sekarang?

3 comments:

  1. eh pakai purdah bahasa budak nie 'cantik'nyeeee

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. x berpurdah pun x berdosa,. awak dh tutup aurat kn.. nk jwb exam sekejap je pun.. hbis exam pkai la blik... kalau rase x boleh nak ikut peraturan university malaysia, pg nuh study kat mesir k..n pkai purdah dh sopan tp bhase, perghh 'SOPAN SANGAT'.... peace... :-)

    ReplyDelete